9 Februari 2012

Kisah Legenda tentang ASI & Susu Formula




Tidak memahami info tentang Air Susu Ibu dan kesetaraan jantina membuatkan pasangan bayi kembar berbeza jantina ini mengalami kisah yang menyayat hati. Ibunya merasa tidak mampu untuk menyusui keduanya dan akhirnya bayi perempuannya mati kerana cuma diberi susu formula.

Kisah ini boleh dilihat di dalam sebuah foto lama yang pernah diterbitkan oleh UNICEF, badan PBB yang mengurusi nutrisi kanak-kanak. Meski pun sudah lama diterbitkan, foto yang diambil pada tahun 1991 ini telah menjadi legenda dan selalu digunakan di dalam pelbagai kempen pemberian susu ibu.


ASI vs Susu Formula

Baca lagi, foto tersebut menggambarkan seorang ibu di Islamabad yang sedang menyusui sepasang anak kembar. Bezanya, bayi lelaki disusui terus dari puting si ibu sedangkan bayi perempuan yang keadaannya kurang gizi hanya diberi susu formula dari botol. Sehari selepas diambil foto ini oleh UNICEF, bayi perempuan itu telah meninggal.

Konon bayi perempuan itu tidak mendapatkan ASI kerana beberapa faktor, salah satunya kerana salah maklumat. Sang ibu diberitahu oleh kakak iparnya bahawa teteknya tidak menghasilkan susu ibu yang cukup untuk kedua-dua bayinya, sehingga hanya salah satu yang boleh disusui.

Ketika itu si ibu yang memang tidak dirahsiakan namanya itu tidak tahu, bahawa pengeluaran susu ibu juga berkaitan dengan aktiviti menyusui. Semakin banyak dihisap, payudara akan terangsang untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu sehingga sebenarnya sangat jarang ada kes pengeluaran susu ibu tidak mencukupi.

Ketidak tahuan seterusnya adalah bahawa sang ibu tidak harus menggantikannya dengan susu formula. Jika memang ternyata pengeluaran susu ibu tidak cukup kerana gangguan tertentu, ia boleh menggunakan perkhidmatan orang lain untuk menyusui atau dalam Bahasa Inggeris disebut seorang wet nurse.

Pemberian susu formula untuk seorang bayi sangat tidak digalakkan, khususnya di persekitaran yang tidak bersih seperti tempat tinggal si ibu tersebut di Islamabad. Air yang tidak bersih boleh membunuh bayi ketika dipakai untuk melarutkan susu formula.

Faktor lain yang membuat bayi perempuan tersebut meninggal kerana tidak mendapat susu ibu adalah ketidaksetaraan jantina. Di banyak tempat di dunia, anak perempuan dianggap lebih rendah berbanding anak lelaki sehingga lebih sering dikorbankan.

Dalam hal ini, si ibu memilih menyusui bayi lelaki dan hanya memberikan susu formula kepada bayi perempuan kerana ingin memberikan yang terbaik bagi bayi lelakinya. Bukan cuma saat bayi, hingga dewasa kaum perempuan sering terpinggir oleh sistem patriarki yang menganggap lelaki lebih tinggi darjatnya.

Gambar ini memang foto lama, namun kisahnya akan tetap menjadi legenda yang selalu mengingatkan pentingnya susu ibu eksklusif bagi bayi. Kalaupun terpaksa memberikan susu formula kerana keadaannya secara perubatan tidak membolehkan, pastikan air yang digunakan bersih dengan sempurna sehingga bebas dari kuman.

 "Gunakan foto saya ini jika ini memang boleh membantu. Saya tidak mahu orang lain melakukan kesalahan yang sama, "pesan ibu si kembar.




Foto Legendaris Tentang ASI dan Susu Formula

8 Februari 2012

Makan tengah hari x de kepentingannya???

Huhu...hari ni just nk bercerita tentang kepentingan makan jew..Al maklum la saya tengah nak berdiet secara sihat, so entry pon mesti nak cari yg seangkatan kan.Td dah post cerita tentang kebaikan/kepentingan sarapan pagi nak baca boleh klik link SINI ye..Try search(search laman malaysia jew) dengan en.google pasal kebaikan @ kepentingan makan tengah hari plak,adoii...nampaknya  x ada baik atau penting la pengambilan tengah hari yang en.google nak tayang dekat saya...ermm..

Pengambilan makan tengah hari just pada pendapat saya adalah utk menambahkan tenaga & mengenyangkan perut supaya x masuk angin..hehehe..betul ke mcm tu??Pada sesiapa yg ariff tentang pengambilan makan tengah hari tu sudi2 la share info2 dengan saya ye..^^malas nak search laman negara lain.....hehe..adil x..?? :p



"Minda yang sihat datang dari makanan yang sihat"


..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..

Sarapan pagi itu penting ok!

SARAPAN dianggap begitu penting untuk memastikan badan sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari. Malah sarapan juga sebenarnya penting untuk diamalkan bagi mereka yang ingin mendapatkan tubuh badan menawan.
Ringkasnya, sarapan amat penting untuk semua peringkat umur tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan.

Seseorang yang tidak mengambil sarapan kononnya untuk menurunkan berat badan lebih cenderung mengalami peningkatan berat badan.


Tidak mengambil sarapan berkait rapat dengan masalah obesiti. Kajian menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya adalah mereka yang tidak mengambil sarapan.

Kajian juga mendapati meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.

Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.

“Apabila seorang itu mengalami masalah obesiti ataupun berlebihan berat badan, mereka cenderung untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung.

“Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut, angina (penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas) atau perut tidak selesa, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meninggalkan sarapan.

“Pilihan makanan yang berkhasiat dan bersih amat penting. Pengambilan sarapan perlu dibiasakan bagi individu yang menganggap ia tidak penting,” nasihatnya kepada golongan dewasa yang gemar meninggalkan sarapan setiap hari.

Tambahnya, tubuh badan manusia seperti kereta yang perlu diisi dengan minyak supaya boleh bergerak. Badan kita perlu diisi de�ngan makanan beberapa kali dalam sehari supaya ia boleh berfungsi secara cekap dan dapat melakukan tugas harian lebih baik.

Kajian untuk membandingkan antara keberkesanan mental dan fizikal terhadap sekumpulan orang dewasa dalam sehari menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan semakin kurang cergas menjelang tengah hari.

“Setiap pagi, selepas beberapa jam kita tidak mendapat bekalan makanan, sangat penting untuk bersarapan supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian.

“Jika seseorang itu tidak mengambil sarapan, mereka akan berasa letih, lesu, pening, tidak bermaya, mudah marah dan bermasalah untuk menumpukan perhatian.

“Masa yang lama diperlukan untuk menyelesaikan tugasan terutama jika di tempat kerja. Jika tidak bersarapan, kita cenderung untuk mengambil makanan manis untuk mening�katkan tenaga.

“Jika seseorang sedang bekerja dan waktu makan tengah hari belum tiba, pada ketika inilah kita cenderung untuk mengambil makanan yang kurang berkhasiat seperti coklat, kerepek atau makanan ringan lain.

“Di samping itu, mereka akan berasa sangat lapar dan apabila tiba waktu makan tengah hari, mereka akan mengambil kuantiti makanan yang banyak,” jelasnya mengenai kesan bagi mereka yang malas dan tidak mahu mengambil sarapan sebagai rutin harian.

Sarapan tidak hanya penting bagi mereka yang inginkan berat badan ideal tetapi juga kepada kanak-kanak yang bersekolah.

“Pada waktu pagi, setelah lapan hingga 12 jam semalaman tidak mendapat makanan sewaktu tidur, simpanan tenaga adalah rendah.

“Tumbesaran dan perkembangan otak bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Apabila mereka tidak mengambil sarapan, untuk menunggu waktu makan seterusnya boleh mengambil tempoh sehingga 18 jam.

“Tempoh ‘separa kelaparan’ ini boleh menimbulkan masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku mereka. Justeru, sarapan ialah hidangan yang paling penting diambil tetapi masih ramai lagi kanak-kanak tidak menikmatinya.

“Pengambilan sarapan di kalangan murid-murid membantu daya penumpuan mereka, mempengaruhi tingkah laku semasa proses pembelajaran dan mengurangkan keletihan.

“Pengambilan sarapan penting tetapi apa yang mereka ambil atau makan perlu juga dititikberatkan. Memilih sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, serat, protein, rendah lemak dan gula boleh meningkatkan tahap penumpuan yang memang diperlukan untuk proses pembelajaran.

“Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Serat membantu dengan memberi rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.

“Apabila digabungkan dengan pengambilan air yang mencukupi, serat membantu
menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan, mengurangkan risiko sembelit dan juga menurunkan tahap kolesterol darah,” jelasnya.

Meninggalkan sarapan juga boleh menjadikan kanak-kanak berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi proses pembelajaran mereka.

Mood dan tenaga mereka semakin menurun sepanjang waktu pembelajaran jika tidak menjamah sebarang makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.





BEKPES PAGI NI IBU KASI KAKAK MAKAN BISKUT CICAH DGN AIR MILO JEW..^^
SEDAPPPPPP^^*(Soriii gambar blurrr*)

FAKTA:


Antara sumber nutrien termasuk:

  • Karbohidrat seperti bijiran penuh, beras perang, roti bijirin penuh, sayuran dan buah-buahan.

  • Protein seperti produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, ayam, ikan, daging, telur dan kekacang.

  • Serat seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan buah.


    Kepentingan bersarapan:

  • Kecerdasan minda terutama memori yang baik.

  • Keputusan ujian atau peperiksaan yang baik, kedatangan ke sekolah dan mood mereka.

  • Tumpuan dan perhatian yang lebih di dalam kelas.

  • Pemakanan yang baik secara keseluruhan.

  • Berat badan yang ideal.



  • ..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..