31 Januari 2013

Mana pi BUDI BAHASA BUDAYA KITA??

Belum pun sempat nak berurusan dah kena semburrrr
Dengan suara lantang cikgu tu boleh kata :
"Saya x de masa nak layan urusan luar sebelum pukul 12 tgh hari!"sambil mata menjeling dekat aku. Lepas tu boleh pulak bertempik dekat pelajar2 tadika tu,"hoi!buat apa berdiri ni?!duduk semua!
Huh!Bikin panas hati aku dibuatnya,tanpa bercakap sepatah pun aku terus berpusing keluar balik.Istighfar,istighfar....
Dalam hati aku berkata : kurang ajar,kurang sopan, kurang akhlak betul seorang yang bergelar cikgu boleh berkata macam tu".Maaf,awak memang tak layak nak mendidik anak bangsa kalau itu lah sikap awak.Kalau cikgu pun dah berperangai biadap macam tu apatah lagi la murid2 yang diajarnya, pasti 2x ganda biadap jadinya.
Syukur, Allah tunjuk kan pada saya awal-awal, kalau tak boleh rosak akhlak anak saya..ok,..malas nak komen banyak2,nanti saya jugak akan sama seperti cikgu tu, KURANG BUDI BAHASA.sekian.





p/s : Kepada cikgu TADIKA KEMAS DI BANDAR COUNTRY HOMES,RAWANG. Sila PAKTIKKAN/AMALKAN iklan BUDI BAHASA yang berlambak kerajaan tayang di TV tu ye!(ke nak tengok tv pun x de masa???ye kot...bz la katakan...).Poodahh!

29 Januari 2013

Kisah Kitaran Hidup 1 # Pengenalan




Salam perkenalan untuk sesiapa yang sudi singgah ke blog picisan ini…
blog ini tercetus kerana ..kerana..kerana.........
Ahh...kerana aku ingin menulis,meluahkan, ingin bercerita, berkongsi segala2 kisah susah dan senang yang aku ingin kamu tahu..segalanya ingin sekali aku mengadu disini,
Moga yang baik dan buruk itu dapat kamu jadikan pengajaran dalam hidup…
amin..
Ingin aku beritahu kamu kamu bahawa penulisan aku ini sedang bermula hanyalah di sebiji computer tanpa access internet…ku mula menaip di MICROSOFT WOLD……
Percaya atau tidak tapi itulah reality yang berlaku juga pada zaman sekarang...
Itu kerana aku sudah tidak sabar untuk menaip dan bercerita.
Akan aku save dan menunggu dengan sabar supaya internet di tempat kerja ku ini berfungsi seperti biasa.
Dan bila masa itu tiba dapat lah aku mengopy paste terus ke tempat yang sepatutnya.
Sila sedekah senyuman paling menawan anda pada aku…
Insyaallah! Akan ku sambut dengan pembalasan senyuman yang paling maniss…
hohoho so sweet..^_^

PANDANGAN MATA SELALU MENIPU..
PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH..
PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU..
PANDANGAN HATI YANG HAKIKI..
KALAU HATI ITU BERSIH..

P/S : Hidup perlu positif




Bagaimana Nabi SAW Mengajar kita Untuk Keluar Dari Bebanan Hutang?



Assalamualaikum....


Seperti yang semua maklum tajuk di atas terang2 dah bagitau apa isi yang saya nak kupas hari ni,iaitu cara Nabi Muhammad mengajar kita untuk keluar dari bebanan hutang. 
Ini saya copy paste dari web pakdi, kat situ dia banyak memberi ilmu cara atau bagaimana nak jadi "celik wang". Nak tau lebih lanjut boleh la pergi ke web Pakdi ye.

Jom sama2 baca :)

Semua orang berhutang...( termasuk diri saya jugak lah)*_*
Tiada apa yang perlu dimalukan.
Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”
Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Duit tidak datang bergolek-golek selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.

1. Hilangkan perasaan susah dan sedih

Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini.
Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini. Iyalah, hutang sudah keliling pinggang. Takkanlah nak berjoget seronok pula.
Justeru, kita kena akui kita ada situasi hutang.
Ya, kena akui.
Bukan berada dalam dalam penafian (mode of denial).
Jangan tangguh. Hadapi situasi tersebut.
Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesilapan kewangan kita dan hidup mesti terus.

2. Tanam sifat rajin

Selepas berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin.
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.
Walaupun ulat bawah batu pun boleh hidup, tapi adakah kita mahu duduk bawah batu atau hidup dalam rumah yang besar?
Kena rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan.
Tiada alasan.

3. Kena jadi berani dan banyak bersedekah

Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani.
Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.
Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyakkan beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Ya, jangan jadi kedekut dan bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.

4. Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain khususnya tekanan pihak yang bagi / pembiaya seperti bank datang menuntut hutang daripada kita dengan pelbagai cara dan kaedah.
Ya, hadapi mereka dan berbincang secara baik.
Ada jalan keluarnya.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.
Insyaallah!

28 Januari 2013

Ayah Dan Ibu, Ikhlaskah?


Pernah dengar tak ayat macam ni?            
"Ayah besarkan Eli selama ni, tapi ni balasan Eli terhadap Ayah? Ayah suruh kau kahwin dengan laki tu kau tak nak, Aku ni mak Ayah kau, Aku yang besarkan kau selama ni, Aku lagi tahu dari kau."
ataupun ini
"Ala, lepas belajar tak payah la kahwin lagi, kerja dulu bagi duit kat mak, mak dah banyak habis duit sara Mat dari kecik sampai besar."
ataupun                
"Isk, Mak tak suka la kamu kawan dengan Eli tu, dah la tak cantik, hitam pulak tu. Duduk jauh. Mak nak menantu yang cantik, putih, hidung tinggi. Tak merasa la Mak nak menantu putih-putih macam ni."
Ataupun
"Budak ni, Bodoh la, bangang, berapa kali aku nak cakap, sekolah bagi la dapat no 1. Asyik dapat no akhir jer. Ayah malu la dengan ko nih."
Dan
"Mak tak halal air susu mak kalau kau tak nak duduk dengan mak selapas kahwin."
Saat kita mendengar, kita hanya diam. Namun dalam hati nan rawan, ada rasa kecewa mengundang sedih di dalam hati. Mengapa ibu berkata begitu? Tidak berani bersuara...
"Duhai emak, ayah... pegang erat tangan kami, kerana kami amanah untuk mu." Bisik hati kita
Dan pernah kah, pada satu saat kita bersendiri... Hati kita berbicara sambil melontar jauh sikap ibu pada kita. Dan pelbagai kata dan fikir kita luahkan namun hanya kita sahaja yang mendengar rintih sayu hati kita. Kita memendam rasa. Dalam hati kita berbicara; 
"Mak, mak tahu tak, anak mak ni bukan hak milik penuh mak. Anak mak ni adalah amanah Allah pada mak. Kenapa mak suka marah anak mak ni. Kenapa mak suka cakap anak mak ni tak pandai. Mak, kalau anak Mak ni tak pandai, maknanya, itu salah Mak la juga, sebab mak tak pernah nak ajar. Mak tak pernah nak luangkan masa untuk ambil tahu hal kami. Mak lagi pentingkan kerja mak dari kami sedangkan, tugas utama seorang ibu adalah mendidik anak-anaknya dan menjaga rumahtangga. Kami perlukan mak, bukannya Bibik, bukannya akak Nursery. Bukannya Makcik Peah kat sebelah yang selalu jaga kami masa mak tiada.
"Mak, kami rindu masakan mak. Kawan-kawan kami cerita, mak mereka suka masak macam-macam untuk mereka.Kami tak suka masakan Jawa Bibik. Bukan selera kami. Mak, masa kecil, mak selalu belai dan sayang kami. Sekarang kami dah besar, kenapa mak macam tak sayang kami lagi?"
"Kami menangis, mak tak tanya pun kenapa. Kami kurung diri dalam bilik, mak cakap kami gaduh dengan boyfriend. Kami rapat dengan kawan-kawan, mak marah. Mak cakap, jangan kawan dengan mereka. Mereka suka bersosial,  suka berclubbing. Mak pesan agar kami cari  kawan yang elok-elok sikit. Tapi mak, jahat-jahat mereka pun tetap sudi dengar luahan hati kami."
"Mak, kami bukan orang baik, mana kami nak jumpa org baik-baik. Ingat tak mak masa mak cakap, tak payah la mengaji dengan atuk, bukan boleh dapat kerja pun. Sekarang, kami tidak kenal pun huruf Al- Quran. Macam mana kami nak dapat suami yang baik. Pasti mereka juga akan mencari yang lebih baik dari kami"
"Ayah, betul ke ayah sayang kami? Ayah tak pernah cakap pun. Ayah suka marah kami. Selalu tengking-tengking kami. Ayah tahu tak jiwa anak ayah ni sgt lembut dan sensitif. Setiap patah kata ayah masa marah kami, kami ingat sampai sekarang. Ayah, kami dahagakan kasih sayang ayah. "
"Kami tak tahu mcm mana rasanya kasih sayang seorang lelaki. Jadi, masa 'Mamat' cakap dia suka dan sayang pada kami, kami sangat suka dan teruja. Akhirnya, ada juga lelaki yang sayangkan kami. Tidak mengapa, ayah tak sayang kami, mujur 'mamat' sayangkan kami. 'Mamat' cinta kami lebih dari ayah. Kami  nekad nak kahwin dengan Mamat. Kalau ayah tak bagi, Kami kahwin lari. Kami tak kisah sebab kami bahagia dengan mamat."
"Tapi..  Mamat tinggalkan kami juga, kami mengandung mak, ayah. Mak marah, Ayah pukul kami. Ayah dan Mak halau kami."
"Ayah, kenapa ayah tak pernah peluk kami? Kenapa ayah tak pernah tunjukkan kasih sayang lelaki pada kami? Hingga kami tak dapat menilai sejernih mana kasih laki-laki yang ikhlas. Kalaulah ayah pernah peluk kami, kami takkan rindukan pelukan lelaki, kalaulah ayah kucup dahi ini dan cakap sayang pada kami. Kami takkan mudah tunduk pada cinta kosong laki-laki."
"Mak, fahami la jiwa anak mu ini. Kami perlukan mak untuk tunjukkan kami jalan yang betul. Kami belum matang untuk menilai hidup ni mak. Tolangkah kami."
"Mak, Ayah..
Kami amanah Allah pada Mak dan Ayah untuk dijaga, dibelai, dididik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Ikhlas kah Mak dan Ayah apabila mengharapkan balasan dari kami atas jasa membesarkan Kami? Keikhlasan Mak dan Ayah mendidik kami akan membuatkan kami Ikhlas menjaga Mak dan Ayah kelak di samping mendapat ganjaran dari Allah. 
"Mak, Ayah. Kita saling bergantungan. Kami akan menjadi penyebab Mak dan Ayah ke syurga atau neraka, dan Mak dan Ayah jualah akan jadi penyebab Kami ke syurga atau neraka. Mak, kalau mak ikhlas, mak akan doakan kami bahagia selalu, bukannya mendoakan kebahagian kami hilang semata untuk kebahagiaan mak."
"Mak, Ayah, kami rindukan mak dan ayah. Mak dan Ayah di depan kami, tapi, kami rasa kita sangat jauh sekali."

Analoginya, seorang anak yang kerap dimarah dan dicemuh akan mencorakkan tingkah yang pasif. Akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan diri. Dan ada juga terdapat anak-anak yang merasa benci dan dendam pada ibu dan ayah. 
Tidak salah untuk memberi teguran kepada anak-anak kerana atas pundak ibu dan ayahlah amanah mendidik anak-anak itu terletak. Namun, cara yang bagaimana diaplikasikan di dalam mentarbiyah anak-anak itu yang perlu untuk direnungkan bersama.
Saidina Ali memberi panduan kepada kita, di dalam mendidik anak-anak terdapat beberapa kaedah yang berkesan iaitu mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya apabila seorang anak berusia antara 7 tahun pertama, maka disarankan untuk mendekati anak dengan lebih banyak meluangkan masa bersama seperti bermain, bergurau dan kurangkan memarahinya kerana pada saat itu anak kita masih lagi di usia kecil.
Seterusnya pada tujuh tahun kedua,  iaitu pada usianya meningkat 7 tahun hingga 14 tahun, didiklah anak-anak dengan disiplin. Ajarkanlah anak dengan ibadah seperti solat di samping menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua. Ketika anak membuat sedikit kesilapan, maka peranan ibu dan ayah lah yang perlu memperbetulkannya. Pada ketika itu juga, anak-anak yang membuat silap perlu dihukum dengan niat mendidik melalui pendekatan anak-anak tahu bahawa mereka silap dan perlu memperbaiki kesilapan yang ada. 
Saat anak berumur 14 tahun hingga 21 tahun, ibu bapa perlulah menjadikan anak-anak seperti kawan dan sahabat kerana pada ketika itu kehidupan anak-anak mula mencabar. Mereka lebih cenderung untuk bersosial di luar kediaman, justeru disarankan ibu bapa untuk sentiasa berdamping dengan anak-anak agar mereka dapat merujuk dan mengadu masalah mereka kepada ibu bapa. Perlunya ibu dan ayah menjadi penasihat dan pakar konsaltan anak-anak agar mereka tidak mudah tersasar di dalam langkah awal kehidupan mereka.

Di dalam mendidik anak-anak juga, perlunya menekankan nilai-nilai penghargaan dan memberi sedikit ganjaran kepada anak-anak. Seperti contohnya sekiranya anak mendengar kata dan bersikap baik, maka anak-anak itu diganjari dengan hadiah dan pujian. Kaedah ini amat berkesan di dalam melahirkan sifat kendiri yang baik di dalam diri anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai ibu atau ayah wajarlah terdahulunya mendidik diri sendiri. Demikianlah juga di dalam mencorakkan nilai-nilai mulia di dalam diri anak-anak, terdahulunya perlulah diri sendiri dahulu sebati dengan nilai yang mulia. Namun hakikatnya, jika direnung semula proses pentarbiyahan diri sendiri adalah bermula dari seawal mencari pasangan lagi.
Justeru, sebelum bergelar isteri, ibu, suami atau ayah maka berusahalah mencari ilmu dan mendidik diri sendiri dengan ilmu perkahwinan dan rumahtangga agar apabila berada di dalam bahtera keluarga, layarnya tidak goyah dan mudah karam dengan ujian dan cabaran yang ada.
Wallahu a'lam.

25 Januari 2013

Blogwalking...Mencari sahabat baru

Assalamualaikum...

Wah wah wah..hari ni dapat blogwalking ke 4 buah blog mommies2 yang kiut miut. Berharap mereka dapat la membalas kunjungan dan salam persahabatan yang saya hulurkan tu ye.. Sebenarnya sebelum ni kita asik blogwalking ke blog gadis2 cumill aje...bab jiwa kita kan masih muda remaja....hak hak hak..alamak,pera..saan pulak..tapi betoi la dulu2 sewaktu kite nak blogwalking mesti cari blog gadis2 cumill je..padahal anak dah berderet deret tapi dasar x sedar diri camtu la jadinye..hahaha..pasai pe saya jadi camtu nak tau dak..?Dah umur pun lebih kurang diorg jeee.. cuma yang bezanya saya TERRawal marriage dan TERRawal bergelar mommies~~nGee..adil tak macam tue??
Cuma lately ni selepas kembali berbloging terasa diri macam dah matang pulokk..weee ~ ~ shaye shuke^_^ ~ ~ shaye shuke^_^!

Nak anak ramai cenggini ok dop???ki ki ki ki...larat ke cik kiah oi??                  



P/s : Pas ni sape lak nak jadi mangsa terjah saye..! sila angkat jari je buley..??~~^_^


22 Januari 2013

Setelah lama menyepi...

Assalamualaikum...

Dan Salam Satu Malaysia...

Dah lama sangat x mengupdate blog,di biarkan begitu saja selama ber bulan bulan bulan bulan..(nak berapa byk bulan tah..-_- )itu semua dek kerana perasaan ingin bercinta dengan blog sudah luntur mcm luntur caler  baju yang telah di celup clorox!bayangkan ye *_*mcm mana warna baju tu luntur dan lepas tu apa jadi pada baju tersebut..sapa pandai cuba teka!kekeke..(ayat ntah papekan??)

ok ok okok..cuma nak bagitahu yang kita dah kembali dengan semangat baru!! kunun2 nak rajin2 la update blog pas nih..(tah betoi ke dak x tau la..hehe)AL MAKLUM LAH kita ni bukan lagi single mengle yang boleh 24 jam nk ngadap lappy je,tapi dah Puan beranak 3..macam2 benda nak kena di beri perhatian, tambah2 lagi anak2 masih kecik..lagi la perlu perhatian khusus..So bagi kita masa 24 jam sehari tu rasa mcm x cukup je..letih tu x payah cerita la,dapat lelapkan kan mata ni 5 minit pun rasa macam heaven sgttt....(macam ni rupanya rasa ada anak ramai...-___-.)
Apa apa pun anak anak saya adalah cinta hati saya..mereka adalah keutamaan saya...macam mana nakal pun mereka,selalu buat saya sakit kepala dengan kerenah yang tak pernah2 nak habis,suka sepahkan rumah,suka berebut barang,suka rosakkan segala barang kesayangan mummy diorg, suka protes, suka merajuk, suka banjirkan rumah,suka tumpahkan makanan, suka mengarah mummy dia,suka itu suka ini suka suki suka suku.....bla bla bla.... 
akhirnya mereka la yang menjadi pengubat & penghibur hati yang lara ni...tanpa anak2, ibu akan hilang segala kekuatan yang ada tau dak...sob' sob'
See..!
itu la anugerah Allah yang tidak ternilai kan??
sangat bersyukur sebenarnya..^_^
ok,tu je pembuka bicara hari ni..
bai.