18 April 2012

Semua yang tutup aurat,kompom masuk syurga ke?






Nak lihat sambungan seterusnya tentang soal jawab Lelaki Mat Saleh & Lelaki Melayu boleh tengok SINI 

*Aku x pandai pun nak berdakwah,tapi dakwah itu wajib dan menjadi tuntutan walau diri sendiri pun tak berapa betul...^_*.

KIAMAT SUATU YANG PASTI.. ADAKAH KITA BERSEDIA?


Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah

3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka di dalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian di dalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang di bawah Khalifah Islam
Di saat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi-tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong ke arahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet-planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar* Di manakah kita?

Gambaran Hari kiamat







- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
*Juga peringatan buat diri ku yg serba kekurangan*

16 April 2012

Kisah Si Pelupa.....

Assalamualaikum....





keh keh keh...^_^


Puan Sariffah cakap : Dila,semalam akak dtg ofis tengok aircond depan ni tak tutup...
Dila cakap               : Alamak!ye ke kak!maaf kak sy terlupa...nGeeeee*______*
Puan Sariffah cakap : Ok x pe...lain kali tolong "alert" sikit ye...
Dila cakap               : Maaf kak, saya x perasaan pun aircond kat sini....*___*maaf ye..
(ades!macam mana boleh lupa kat cni pun ada aircond jugak...adoiiiii....abes la bil bulan ni confem mahai nak mampuih.huhuhu....akak,x pe saya rela gaji saya dipotong sebab ni memang salah saya pun....saya mengaku kak!!huhu..)

Hari berikutnya.........

Eh,mana kunci bilik atas ni?????isk,rasanya aku dah letak dalam laci ni macam mana boleh tak ada pulak..???! X pe,cari dulu..........huh! x ada! Mana nii.......ngeeee *_*
Jam menunjukkan pukul 7:55p.m, lagi 5 minit kelas dah nak mula. huk huk huk..kunci oh kunci tulun la tunjuk kan diri ko tue...jangan la main sorok2 ngan aku time nih...haish...geram nyerr...(eh,geram kat sapa tu????hehe..kat kunci la time ni..)
Sambil sibuk mencari2...,datang sorang budak.."akak nak bayar yuran!"eh,kejap ye dik"..datang pulak lagi sorang.."akak nak bayar yuran!""kejap ye dik"..datang lagi sorang.."akak air ni berapa harganya??""seringgit!eh,dua ringgit dik..hehe.."ok, setel pasal budak beli air.....
Dan datang lagi..."Dik,saya cikgu yg baru,hari ni saya start mengajar dah.Nak tanya kelas saya kat mana ye???"Oh,cikgu baru erk...sila duduk dulu ye cikgu,hari ni kelas cikgu dekat bilik atas tapi masalahnye kunci bilik atas hilang "kot"..saya belum dapat cari lagi..cikgu boleh tunggu kejap??saya nak cari kunci dulu...maaf ye cikgu..."ermmm..ok,x pe.."
"Akak,saya nak bayar yuran..."eh,sory dik...sabar jap eh.."..datang lagi..."dik!kunci kelas atas belum buka la."ermm saya tau..kejap erk cikgu,kunci hilang pulak,saya dok tengah cari ni.."..datang lagi..."dik.!tolong potostat muka surat ni,cikgu nak ajar bab ni malam ni...".."baik cikgu..,cikgu letak dulu atas meja saya, nanti saya potostat kan.."(masih mencari dan cari...cari..cari..datang lagi.."akak,kelas kami kat mana??""kat atas dik,tapi kunci main sorok2 plak..ni akak nak cari dulu...jap ye dik..."huh!*__*....lagi..."kak...nak byar yuran la.."..*___*..grrrr..tiba2 rasa sesak nafas dah, rasa macam nak menjerit mcm ni pun ada gak,(woi!korang leh sabar tak??x nampak ke aku tengah kelam kabut ni!kang x jumpa kunci tu alamatnye x de kelas la korang kot!)ok fine!itu cuma ayat yg aku hanya berimaginasi saja kunun2 dah x bole sabar terus nak sound cam ayat tu la...kekeke...ermmm..x leh blah la...*___*
Ini ayat sebenar yg aku ungkapkan....."dik.. letak je dulu duit n kad biru kat atas meja tu,nanti akak setel kan..nak balik jap g datang ambik resit yer"(sambil senyum terpaksa..*__* )arghhh..sumenye gara2 kunci yg hilang itu la....)*___*
....Tiba2 terpandang muka2 cikgu plak....alamak!sume dah tarik muncung sedepa,macam mana ni???kunci x jumpa lagi nih.....ambil keputusan cal je la puan sariffah..kot2 pagi tadi dia masuk ada nampak kunci tu pastu dia simpan kat mana2...mana tau kan....."tut tut..tut tut..hello kak,akak saya nak tanya pagi tadi akak datang ada jumpa kunci bilik atas bersepah kat mana2 x?????kunci bilik atas???!!x de pun........eh,kelas dah patut mula ni kenapa baru sekarang nak cari kunci???kenapa x bukak awal2 td..???!!alamak!mati aku...blurrrrrr...."maaf kak,tadi saya bz sangat...lepas solat ingat nk bukak,tp Cikgu Magen mintak saya potostat bahan nak mengajar jap g plak..so saya potostat la dulu..,x expert lak yg kunci x de...""hemmmm...macam ni la kamu cari dulu kunci tu,kalau x jumpa jugak kamu cal akak balik""o..k kak*___*,sorry kak"....fuhhh!rileks jap,tenangkan pikiran then ingat balik mana aku letak kunci tu semalam......................ermm...kenangkan kan balik peristiwa semalam..............................................................................................................................................



!!HAH!!jangan2 aku "ter"tinggal dekat atas!alamak!?!macam mana nih....aduhhhhh...firasat aku kuat mengatakan mmg dah "tinggalkan" kunci tu dekat atas laaaaaaaa...huwaaaaa.....macam mana aku boleh lupa niiiiii....
Tiba2 teringat kat hubby, Uh..!! Rasanya hubby aku terror kot bab buka pintu2 "terkunci nih"...ok la try calling my hubby dulu,"tut tut...tut tut".."ha,awat yang????""uh!,hello yayunk,leh tolong dak???""tolong pe??""kunci pintu kelas atas kitorg hilang la....rsenye ayunk "ter"kunci die kat dalam bilik tu skali laaa....ayunk mai try tgk leh ak??kot2 ayunk leh bukak...""pot pet pot pet pot pet..."(kena berleter la pulok...sabo je larhh...*___*)..tp at least hubby datang gak.....hubby pun mula la try korek2 pintu tue...
Sebelum tu Puan Sariffah ada cal mintak hari ni buat kelas gabung je sementara pintu atas tu boleh "terbuka" "dengan sendirinya".....hu hu hu...
Akhirnya berjaya gak my hubby bukak pintu tu...
HA HA HA..memang aku dah tinggalkan kunci dekat bilik atas laaa  ;p...adesss!..huhuhu...muda2 lagi dah ada penyakit nyanyuk..PARAH........

7 April 2012

Saja nak bagi ada entry.........

Salam.....

Lama x update entry baru..ermm,akhir2 ni mcm x bersemangat je nak berblog di tambah lagi dengan bermacam macam peristiwa yang berlaku dalam hidup ni maka tak sempat nak ada entry terbaru.....
eh! x sempat sangat ke..???bukan x sempat..tapi buat2 x sempat jeww..hehe..adoii..eh!sewel plak rasanya...mata jd berpinar dek kerna x cukup tidur..huhuuhu....

ok lah,x leh nk teruskan la pulak....menular2 sungguh pinaran nih! jumpa laen kali ye..*_*

sweet x dua beranak nih????(kekeke..)

24 Mac 2012

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

15 Mac 2012

Mas Kahwin Ku...Senaskah Al Quran yang Agung..




Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.
Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.

Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.

Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.

Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.

Pssttt..!!Mas kahwin saya adalah senaskah al-quran dan bacaan ayat 3 qul..Alhamdulillah...kerna itu lah sebaik baik mas kahwin..korang plak minta apa sebagai mas kahwin..???^^

10 Mac 2012

Andai mahu mencari pasangan hidup.....


Untuk adam.. andai mahu mencari HAWA..

1. Jangan dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna HAWA hari ini tidak lagi seperti dulu..
lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..
fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
... sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..
andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..
andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..





Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..
andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

8 Mac 2012

Duhai hatiku yg lara..........

Salam...

Entah apa berlaku pada hati dan perasaan ini yang tiba2 rasa seperti tidak tenteram,tidak tenang...seperti...ahhh...ntah la..susah nak ditafsirkan dengan kata kata.....

Pengubat hati yang terbaik adalah mendekatkan diri pada Esa...yesss...itu yang paling baik...

Tetibe rasa nak melayan lirik yang penuh bermakna ini......

Redho-Mu padaku yang kupinta…..
Redho-Mu padaku yang kupinta…..


Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
MISKIN atau KAYA, SAKIT atau SIHAT
Yang penting adalah redho-Mu......


Redho-Mu padaku amat MAHAL sekali
Sebab itu aku meminta selalu….

Jika redho-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh DUNIA menghinaku
Aku tak peduli...........


Walau aku MISKIN, ku rasa BAHAGIA
Apalah ertinya aku KAYA
Engkau kan MURKA apalah ertinya ada NAMA

Jika Engkau MURKA segalanya TIADA
Sungguh MAHAL redho-Mu


Tuhanku…
Berilah keredhoan-Mu
Berilah padaku selalu

Kerana itulah aku berAMAL..

Bukan kerana PAHALA
Bukan kerana FADHILAT
bukan kerana SYURGA


Tapi inginkan REDHO-MU
Untuk KESELAMATAN diriku

Redho-Mu padaku yang kupinta…..

3 Mac 2012

Tips jimat belanja dapur

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah Al-Israk: Ayat 27)


Bajet dapur merupakan pelaburan yang tak dapat dielakkan saban bulan kerana makanan berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita. Kenaikan harga barang pula menambahkan saham dalam bajet dapur sehari-harian. Selain Kempen Pengguna Bijak yang membawa mesej pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kali ini, saya bawakan tips menjimatkan bajet dapur selangkah sebelum anda membeli.

1. Sumber makanan
Mengurangkan kebergantungan terhadap produk yang perlu dibeli dapat menjimatkan sebahagian besar belanja dapur. Bagi kebanyakan kawasan perumahan, menternak mungkin menjadi masalah tapi bukan bercucuk tanam. Apatah lagi pemakanan sayur-sayuran dan ulam-ulaman sebagai menu kegemaran rakyat Malaysia sangatlah menjimatkan sekiranya menu berasaskan bahan tersebut boleh didapati hanya di sekitar kawasan rumah. Selain itu, dengan menjana sendiri sumber makanan, kita mendapat hasil yang banyak dengan kos yang sedikit. Begitu juga kita dapat mengawal kualiti hasil tersebut.

2. Masak sendiri
Pernahkah anda menghitung banding harga makanan atau minuman di restoran? Segelas air limau ais berharga seringgit walhal sebiji limau berharga tidak sampai sepuluh sen. Selain menjimatkan kos upah, kita juga dapat mengawal pemilihan, penggunaan bahan-bahan dalam menu dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

3. Diet harian
Penjimatan belanja dapur berkadar langsung dengan diet anda. Konsepnya, jika anda berlebih-lebihan dalam memakan, maka berlebihanlah perbelanjaan ke atasnya. Sebaiknya anda menjamah selera sebelum berasa lapar bagi mengelakkan anda tamak terhadap makanan. Elakkan juga memakan snek tidak berkhasiat kerana makanan ini biasanya mahal.

4. Ubah suai menu
Lebihan bahan masakan atau makanan jangan terus dibuang. Buat pemilihan bahan apa yang boleh digunakan semula. Baki reja sayuran dan tulang daging boleh direbus menjadi stok sup atau stew. Buah-buahan yang berbaki atau sudah berlebam boleh dijadikan jem buah. Nasi putih yang tidak habis dimakan pula boleh disimpan untuk dibuat nasi goreng.

5. Sisa makanan
Sisa makanan yang kita buang saban hari dapat ditukarkan dijadikan baja kompos. Baja buatan sendiri ini dapat mengurangkan belanja membeli baja bagi kebun kecil di rumah anda dan membantu menjaga alam sekitar. Tahukah anda kulit telur merupakan sumber kalsium bagi tumbuhan?

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat."

2 Mac 2012

Krisis di tempat kerja......




Salam.......

Dalam beberapa minggu ni macam2 hal yg berlaku di tempat kerja,pahit manis semuanya ada......dek kerana bertukar ke manager baru maka sistem bekerja juga banyak yang dirombak....al maklum la lain orang lain sistem nya..nampak nya kali ini manager yg baru sangat straight!huh..!kerja x boleh main2 lagi dah... no facebook, no youtube, no YM...!!!kalau boleh nak block terus tenet!!!nGeeee...mana boleh macm tuh.....nanti macam mana kami nak buat kerja...kerja kami memrlukan research dari en.google wokehhh...ok! di pertimbangkan dulu katanya...ermmm..wat ever...lepas tu yang tak puas hatinya senang2 nak tukar orang ke department laen...eeeee..x bole terima laaa...erk!manager korang spesen macam manager aku tak..???huhuhu..tetibe rindu pada manager lama(Mr.Henry)..dulu kutuk2  kata dia teruk,rupanya yang datang 10 kali lg teruk kot!erkkk,termengutuk plak,huhuhu...apa pun x boleh....................

Dimana boleh ku cari wanita solehah.....?


Seorang pemuda bertanya " Dimanakah boleh ku cari seorang wanita solehah dan bagaimana aku boleh mendapatkannya ? "
Seseorang menjawab ♥

◕¸.• Carilah dia di majlis ilmu, kerana wanita solehah langkah kakinya selalu terjaga,ia melangkah hanya ketempat yang bermanfaat.....
◕¸.• Carilah ia dengan perantara orang ke 3 kerana wanita solehah tak akan mahu berkhalwat (berduaan dengan yang bukan mahram)◕¸.• Dan carilah ia dengan tak jemu dalam doa-doa malammu, kerana itulah juga yang dilakukan wanita solehah & ia hanya boleh didapatkan dengan kesolehan, maka jadilah laki-laki yang soleh"

InsyaAllah..

°áƒ¦° •Let's try to love, forgive & be humble• °áƒ¦°

• You can't love if you can't forgive..~✿
• You can't forgive if you can't accept mistakes..~✿
• You can't accept mistakes if you can't be humble..~✿

_______/)______./¯"""/')
¯¯¯¯¯¯¯¯¯\)¯¯¯¯'\_„„„„\)

28 Februari 2012

Sifat kelahiran menurut bulan islam

Salam....

Dalam kalendar Islam aku dilahirkan pada13 Muharram 1408 iaitu bulan hijrah bagi seluruh umat Islam
dan di bawah ini sengaja aku senaraikan bulan2 kelahiran ahli keluarga ku,tapi kalau kakak2, abang2,adik2 semua nak jugak untuk diri sendiri boleh la tekan Sini^^ tapi saya nasihatkan x payah la percaya sangat erk sebab itu semua kuasa ALLAH...ini hanya ramalan semata mata..

*HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Dan di bawah ini pula adalah bulan kelahiran My hasben^^
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


 Ini pula bulan kelahiran anak sulung aku Nur Fira Zamila
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Yang ni bulan lahir anak nombor dua ku Muhammad Jundullah
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.(eee...x btol la,ini baru betul...^_-
Perwatakannya baik.Hatinya tetap.Fikiran dan kemahuannya bernas, baik sifatnya, sopan wataknya,mudah menghulurkan tangan pada yang memerlukan. Kehidupannya menjadi baik kerana sifatnya yang ikhlas dan jujur itu.Ibubapa menempuh kesenangan dalam mendidiknya.

Dan ini bulan lahir anak ku yang ke tiga Nur Abyana Nabila
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Insyaallah...Alhamdulillah............^^

Owh...Rupanya ni la penyanyi asal lagu Doraemon..


Hihi...cumilll sangattt....kartoon yang paling popular zaman aku kanak2 dulu.................

25 Februari 2012

Kulit gelap dah......

Salam.......

Hari2 gigih menunggang motorsikal(sekarang dalam proses belajar memandu kereta & menunggang motorsikal..hihihi.) sebab kunun nak bg terror dan nak kasi berani sikit sebab aku ni jenis yg cepat ketaq kalo bab nk test2 ni,pastu nanti ada plak org dok perhati(JPJ la tue..) lg la x selesa sebab aku ni pemalu orang nya habaq ang...Oleh kerana di rumah mak aku ada motosikal yang dari duk parking camtu je maka aku mengambil keputusan untuk "membelasah" motor itu ke sana & sini la...Sebagai pembalasan nya kulit aku yg "mulus"weee..mulus la sangattttt ni telah di bakar oleh sunburn yang menyengat di siang hari...huhu..sedey tgk kulit dah "hangit" setengah..huduh sungguh aku tengok EX specially tang jari2
kaki nih..dah la kaki ni sememangnya spesis huduh dah.. : (

Ok lah,sekarang ni masa untuk bertindak memulihkan semula kulit aku yang dah hangit ni..en.somi dah teguq baru kalut nak cari petua..nGeeeee...Jom!en.google, kita jalan2 cari petua2 jommmm.....


kaki sape???

p/s : Jumpa nanti dengan petua "Cara mencerahkan kulit version Aku"^^

22 Februari 2012

Hati ku............Hati Mu.....???

Hari ini adalah hari kemurungan buat hati ku...mood down 0 darjah calcius!ini kerana gara2..............................ah!ntah la...patut ke ku ceritakan di sini???serba salah di buat nya,tetapi hati ini meronta minta di luahkan pada yg sudi utk berkongsi supaya beban yg ditanggung terasa sedikit ringan...

Perasaan yang teramat sedih bercampur dengan perasaan negatif yang lain membuatkan aku hilang fokus!yup fokus untuk bekerja terus lenyap sama sekali....walau pun jawapannya masih belum sahih,tapi terasa sangat tidak adil buat diri ku....nak marah ke??owh..tidak boleh bertindak begitu kerana tindakan itu tidak ada faedahnya pun... walaupun ia bukan kesalahan ku..tapi itu juga bukan salah nya....habiss....siapa yang bersalah ni?????wallahualam.........

Oh..............sabar la duhai hati,kuatkan semangat mu,kuatkan keyakinan mu, kuatkan segala galanya insyaallah Tuhan merancang yang terbaik buat mu...........setiap yang berlaku ada hikmah yang baik disebaliknya....
Aku berharap aku boleh ikhlas dan redho bila sudah mengetahui keputusan itu.......





Doa kan aku semoga mendapat yang terbaik dalam hal ini......................................

21 Februari 2012

Kenapa Kau Kejam...



Korang2 perasan tak??sekarang saya telah menduakan Nuffnanggggg Ngeeeee.. Sebenarnya dulu ingat nak setia dengan nuffnang jerr tapi disebabkan beliau telah berlaku kijam dengan menarik status geli hati (glitteri)saya(huwaaaa...keciwaaa nyee dengan engkau wahai Nuffnangggg.........


Maka dengan perasaan yg sangat keciwaa nya huk huk... saya telah menDUAkan beliau (niat utk membalas dendam semula,ceh!kotor betol hati ni)Huk huk huk...ah!peduli hape aku...huhu..

Di sebabkan kesedihan yg melampau(ececehcecehh...ngade2 nk sedih2 melampau plak erk!tamporr nakkk?)cinta saya beralih ke advertlets tapi cuma di beri" half" kerana dalam hati ni masih mencintai nuffnang dan masih belum dapat melupakannya...al maklum la diri ini baru je nak mengenali advertlets jadi cinta ini pada advertlets masih belum boleh di beri sepenuhnya..maka hadirlah kedua2nyaa di blog nUr aDiLa ini dek kerana cinta telah terbahagi DUA sudeyyyy....(weeee..ayat x leh bla la,mcm org bercinta plak.har har har) 


konpem akan terjadi beginiii....hiiii..............:p


20 Februari 2012

Assalamualaikum...

Dah 4 hari berlalu tanpa mengupdate entry terbaru,bukan kerana sibuk,bukan kerana malas dan bukan kerana......hmmm..ntah la bukan kerana apa...........
tapi yg pasti kerana tak tahu apa yang nak diceritakan dan di luahkan di saat itu...
Sebenarnya akhir2 ini banyak perkara yg berlaku pada ku dan keluarga, tapi serasa seperti susah untuk diceritakn dan diluahkan disini..takut terbuka pekung di dada,yg x patut di ceritakan akan di "ter"ceritakan dan yang patut di cerita simpan buat pekasam pula...Jadi ambil keputusan untuk berdiam diri saja.Terima kasih.


p/s : itu saja luahan hari ini...jangan marah ye..peace!^^

15 Februari 2012

Bersin umpama mati satu saat

 
APABILA kita bersin, umpamanya kita mati satu saat... Bila kita bersin, semua sudah berhenti... Jantung dan nyawa semua sudah berhenti. Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah"... Sebab itu bila bersin, ucapkanlah "Alhamdulillah" kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita.... ♥ ALHAMDULILLAH

Motivasi Diri........


~ "Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah, kerana jika mereka boleh tinggalkan Allah, mereka juga boleh tinggalkan kamu"


"Jangan pernah meremehkan diri sendiri. Jika Anda tak bahagia dengan hidup, perbaiki apa yg salah, dan teruslah melangkah..."
 
 
 
"Ketika kita hanya sibuk menghitung-hitung berapa besar keuntungan dari apa yang kita berikan pada orang lain, maka hanya sebesar itu sajalah yang kita dapatkan. Namun Jika kita memberi, menolong, berbuat baik tanpa berhitung-hitung, maka percayalah Allah telah siapkan rezeki bagi kita, rezeki yang luasnya seluas langit dan bumi..."
 
 
"Jika Kita takut untuk mengambil risiko dalam menjalani kehidupan ini, maka bersiaplah untuk tidak mendapatkan apapun. Kerana setiap suatu keputusan yang kita ambil, ada risiko yang mengikutinya."
 
 
Pernah dulu kita meminta dikurniakan pasangan bahagia. Lalu Allah memberi, tapi sekali lagi kita lupa diri. Kita kata hendak bina ‘Rumahku syurgaku’, tapi yang berlaku jauh dari yang Allah mahu. Isteri dan anak-anak tidak ikut syariat, suami yang juga ayah hanya memandang tanpa rasa bersalah. Keseronokan dunia jadi keutamaan. Urusan akhirat, buat yang mana sempat. Esok lusa boleh bertaubat. Baik suami mahu pun isteri, masing-masing tidak bersunguh-sunguh mengerjakan perintah Ilahi. Sungguh Allah kita tidak kasihi!

14 Februari 2012

Nur Abyana Nabila dengan aksinya!

Hai..............
 Semalam x update blog,so hari ni wajib lah di update pulak.Kang tinggal lama2 x update akan ada unsur kemalasan menyelinap lagi susah kan??hu hu...

Berbalik ke tajuk asal,owh!adek abyana ni kalau tidur dalam buaian suka berpusing pusing,kejap terlentang kejap tertonggeng lah..nak di katakan macam2 gaya yg diciptakan,mungkin nak cari keselesaan tahap internasional la kowt.he he..whatever la abyana,ibu x kesah nk take action macam mana pun asalkan anak ibu ini x TERRR junam ke lantai yg keras itu sudehhh....^^

action!!

11 Februari 2012

Maka Lengkap lah Tanda-Tanda Kecil Kiamat Itu


.
.

P/s : Sentiasa bertaubat lah wahai diri......
Masanya sudah begitu hampir sekali.....

KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT?




Seorang Lelaki Mat Saleh Bertanya Kepada Lelaki Melayu...

Lelaki Mat Saleh : Mengapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?...

 Lelaki Melayu Tersenyum Sambil Mengeluarkan 2 Biji Gula-Gula Dari Poketnya, Lalu Salah Satu Dibukakan Bungkusannya.. Kemudian Dia Meletakkan Kedua2 Gula-Gula Itu Ke Lantai.. Lalu Bertanya Ia Kepada Lelaki Mat Saleh Itu

Lelaki Melayu : Antara Kedua2nya.. Yang Mana Satu Kamu Akan Pilih?

Lelaki Mat Saleh : Sudah Tentu Yang Masih Dalam Bungkusan.

Lelaki Melayu : Kenapa?

Lelaki Mat Saleh: Kerana Yang Terbuka Itu Telah Tercemar.

Lelaki Melayu : Begitulah Agama Kami Melihat Dan Menghormati Kaum Wanita Agar Mereka Lebih Terpelihara & Istimewa..

Lelaki Mat Saleh : Owh.. Saya Mengerti Sekarang...

P/S :Kalau ada orang tanya jgn lupa jawab macam ni tau...^^

..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..

10 Februari 2012

Layanan terbalik ibu bapa pelik??

Kamu ni tak faham-faham ke? Berapa kali emak nak cakap, emak ni penat!”, tengking seorang ibu kepada anaknya.

Jari telunjuknya tajam mencucuk-cucuk dahi anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun.

Kamu buat apa di sini? Balik!”, herdik seorang bapa kepada anak remajanya yang sedang duduk berbual bersama kawan sekelasnya.

Ayat-ayat ini adalah habuan telinga yang biasa mengiringi kita menuju dewasa. Jika tidak diri sendiri yang jadi mangsa, kawan-kawan di sekeliling biasa mengalaminya.
Entah kenapa, saya cukup tidak tahan melihat ibu bapa yang marahkan anak, terutamanya jika marah itu tidak kena cara. Saya akui, ibu bapa saya bukanlah jenis yang begitu, maka mungkin saya tidak biasa dengannya. Tetapi apakah saya jadi ganjil kerana tidak biasa dengan cara begitu? Sebaliknya yang normal itu ialah pada menerima, bahawa itu merupakan cara mendidik anak-anak.
Saya bukan mahu bercakap tentang wajar atau tidak herdik dan tengking menjadi bahasa pilihan antara ibu bapa dan anak. Tetapi kali ini saya mahu muhasabah tentang ibu bapa yang lupa melihat kekerdilan juga kedewasaan anaknya.

LAYAN CARA KECIL ATAU DEWASA
Anak kecil dilayan seperti orang dewasa, anak yang sudah dewasa dilayan seperti budak kecil. Lantas layanan itu hanya menyemai bibit benci dan dendam anak-anak kepada ibu bapa.
Apa yang seorang anak berusia lima tahun faham, tentang keletihan dan stress seorang ibu yang baru pulang kerja selepas bergaduh dengan majikan? Seorang anak berusia lima tahun hanya faham satu perkara, iaitu ibu adalah ratu hatinya. Tempat dia mencari perhatian, kasih dan sayang. Maka anak-anak di usia lima enam tahun itu mengikut naluri yang betul apabila cuba bermesra dengan ibu dan bapanya. Dia tidak faham keletihan dan kerunsingan seorang ibu dan bapa.
Ibu dan bapa adalah hero mereka. Maka mereka hanya mengharapkan ibu dan bapa yang sentiasa bersedia membantu mereka.
Anak-anak itu mahu berkongsi cerita, kisah gurau sendanya dengan kawan-kawan di sepanjang hari persekolahan. Tiba-tiba bapa melenting marahkan anak, “kamu tidak tahukah aku penat?”
Bagaimanakah akal seorang anak berusia lima tahun menafsirkan herdikan yang begitu?
Sesungguhnya itulah ibu bapa tempang yang belum dewasa dalam menghayati naluri manusia, anaknya sendiri.

YOP KENA MARAH
“Kenapa Yop masam muka ni?”, saya kehairanan. Anak saya bermasam muka sepanjang hari.
Bukan sahaja mukanya masam, gelagatnya pun lain dari biasa. Naurah menjadi mangsa kemarahannya. Bila ditegur, jadi merampus tidak tentu hala.
Kalau nak diikutkan hati, memang geram. Kita tanya secara baik, dia membalasnya dengan cara sedemikian rupa. Tetapi sebagai bapa atau ibu, kitalah yang sepatutnya sudah cukup berakal untuk mengorek isi hati si anak.
Jika seorang paediatrik berdepan dengan cabaran untuk membantu seorang budak menjelaskan sakit fizikal yang dialaminya, ibu bapa juga harus profesional dalam mengorek masalah anak-anak, terutamanya masalah jiwa dan perasaan. Emosi anak yang gagal diluahkan akan menjadi penyakit di dalam personalitinya. Janganlah kita sebagai ibu bapa yang menjadi punca virus dan bakterianya.
Semasa Yop berusia sekitar dua dan tiga tahun, beliau mudah ditenteramkan dengan dialog. Saya tarik dia masuk ke bilik, bercakap face to face biar pun saya tahu beliau tidaklah begitu memahami apa yang saya katakan. Tetapi sesi itu selalu selesai dengan Yop memeluk saya dengan tangisan. Tetapi apabila usianya meningkat dewasa, usaha melembutkan hatinya yang keras menjadi semakin sukar kerana dia sering keras membatu.
“Tadi cikgu marah Yop”, anak saya mula mahu bercakap.
“Kenapa cikgu marah?”, saya cuba lagi untuk memahaminya.
“Cikgu marah sebab buku Yop kotor. Bukan Yop buat. Naurah yang conteng”, katanya. Bibir memuncung.
“Yop cakap tak pada cikgu, Naurah yang conteng buku Yop?”, saya terus bertanya.
Anak saya mengangguk.
“Tapi cikgu cakap buku Yop, Yop la kena jaga”, katanya.
Saya tergamam.
Jika cikgu merotan tangan anak saya kerana bukunya diconteng oleh si adik, mampukah anak saya pada usia 5 tahun faham konsep accountability dan responsibility? Saya rasa anak saya pada usia begitu hanya mampu faham, dia patut dihukum atas kesalahan yang dia buat secara langsung. Maka jika bukunya diconteng oleh Naurah, Naurahlah yang sepatutnya dipukul, bukannya dia. Pada Yop, dia telah dihukum atas kesalahan yang dia tidak buat.
Inilah yang saya maksudkan, anak kecil dilayan macam orang dewasa.

NASIB ABANG DAN KAKAK
Selalu juga berlaku di dalam sebuah keluarga, anak sulung sama ada Abang Long atau Kak Long, sentiasa disuruh mengalah kepada adik.
“Bagilah benda tu kat adik kamu. Kamu dah besar. Dia budak lagi”, marah ibu atau bapa kepada anak.
Anak sulung sering disuruh mengalah.
Tetapi jangan kita lupa, ketika anak sulung dimarah, dia sedang berada pada usia intensif pembentukan identiti dan emosi. Identitinya perlu dibangunkan, dan emosinya perlu dibentuk. Sedangkan si adik kecil yang mahu dimenangkan itu belum faham apa-apa. Maka kesilapan kita ketika marah, impaknya pergi kepada anak yang telah faham maksud kecil hati dan dendam itu.
Marah boleh marah, tetapi janganlah sampai tiada didikan dalam kemarahan itu.
Akhirnya anak sulung menjadi taat mengikut arahan. Bukan kerana jadi baik, tetapi kerana rendah keyakinan diri.
Sikap melampau ibu bapa memenangkan anak kedua, menjadi anak sulung membesar dengan inferiority complex, manakala si adik pula terus membesar dengan superiority complex. Rosak kerana dimanjakan hingga tidak belajar mengikut arahan. Si sulung terlebih menerima arahan, yang adik terlebih mendapat kelebihan.
Apatah lagi anak yang sudah meningkat remaja. Sudah faham erti maruah diri, tiba-tiba marah kita memalukan dia di depan kawan-kawan. Ia langsung tidak mendidik malah hanya mencetuskan dendam. Janganlah buat anak remaja kita macam budak-budak. Jangan juga anak kita yang masih budak, dilayan seolah-olah dia sudah besar remaja.

“Bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. Tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah” – Al-Hadith

SECEBIS DOA SEORANG IBU BUAT PERMATA-PERMATA HATI NYA..
Ya Allah aku memohon pada Mu supaya engkau menjadikan aku seorang ibu yang pandai dalam mendidik anak2 ku..sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sentiasa khilaf....
Ya Allah kau jadikan lah juga anak2 ku orang yang berguna pada agama dan bangsanya..Amin..
.
.
.
.
.
 ibu miss u kakak cayg... :-*

ibu miss u abg jun..mmmuahh!

luv u baby..mmmuah!



..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..

9 Februari 2012

Secebis ingatan buat ADAM....

Adam...Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam..Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...
..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..