22 September 2019

Nama Baru Blog "CIK LA" la



Assalamualaikum,

Hari ni seharian asyik mencantikkan blog, siap ada nama baru lagi tu..hehehe..dan...nama baru untuk panggilan di blog adalah Cik La,..😃hahaha..
kenapa Cik La? Sebab anak jiran suka sangat panggil dengan nama tu, jadi alang-alang tengah cari nama untuk blog, terpikir la untuk letak nama sempena panggilan yang anak jiran selalu sebut tu...aci la tu kan...
Alhamdulillah ada la juga improve dari sebelum ni kan.? Bukan apa, bila blog cantik ada la semangat nak upadate hari-hari.. hehe..
Cik La ni bukan apa, rindu nak menulis juga.. al maklumlah lama sungguh Cik La "diam"..
Diam tak diam 6 tahun jugak la masa berlalu...anak-anak pun dah besar-besar dan semua pun dah bersekolah..

Alhamdulillah Allah masih izinkan Cik La kembali lagi ke sini, tak tahu lah kali ni berapa lama pulak kan? hihi.. Cik La berdoa mudahan dipermudahkan segala urusan untuk Cik La sentiasa ada masa dengan blog Cik La kali ni, macam-macam Cik La nak kongsi kisah Cik La kat sini sebenarnya, tapi itu lah masa selalu cemburukan Cik La.. tak boleh lama-lama menghadap, Cik La banyak tangunggjawab nak kena uruskan, jadi Cik La kena la pandai bahagikan masa kan.?

 Alang-alang tu Cik La nak tanya la, ok tak Cik La hias blog Cik La.?hihihi... Cik La suka yang simple-simple ja, tak suka tempek banyak-banyak sangat aksesori.. nanti bukan je Cik La jadi mcm org mabuk ketum(pening), kawan-kawan yang datang jenguk blog Cik La sekali mabuk ketum..hahaha..

 Untuk kaler Cik La pilih kaler-kaler pastel, Lately ni Cik La suka sangat dengan kaler-kaler pastel ni, bagi Cik La sangattt la cantik, kalo boleh semua nak pastel2 ja.. mungkin juga penangan kartun unicorn kegilaan anak-anak Cik La la ni yang banyak buat Cik La terpengaruh dengan kaler-kaler pastel ni..

Baiklah, untuk entry kali ini juga tak panjang mana sebab tujuan Cik La hari ini cuma nak cantikkan blog dulu, bila tengok blog cantik-cantik dah ni seronok pulak nak main update-update. Cik La masuk bakul angkat bakul sendiri...puji blog sendiri cantik... hihihi


     Lepas ni nak panggil apa?

LA.!

17 September 2019

Lembaran Baru

Assalamualaikum, pembuka bicara untuk hari ni setelah begitu lama menyepi. Rindu moment berblogging dulu, kini ku kembali lagi dengan semangat baru mungkin. Semoga kali ini beribu coretan dapat ku ukir di sini... semangat,!tolong jangan hilang dan menyepi lagi ya..! Doakan ku moga terus menerus mencoret di sini wahai kalian yang sudi membaca.
Tak banyak mahu dikatakan kerana masa begitu mencemburui, setakat ini dulu sebagai pembuka semangat kali ini, kita sambung di entri lain nanti Insha Allah.

Selamat kembali ke dunia blogging Nur Adila dengan coretan yang lebih segar dan ayat yang lebih matang🙈

16 April 2013

Judika - Setengah Mati Merindu~


Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
Terus terang
Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang (terus terang)
Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
Aku tetap menunggumu