17 Januari 2012

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar IBU

Salam...pagi2 ni nak berkongsi artikel ttg rumahtangga,sbnrnya artikel ni mmg  agak kene tang batang idung sndri..tp x sume la..huk huk..
ok,fine..! Tugas mjd isteri dn ibu ni BUKAN SESUATU YG MUDAH OK, perlu bersedia dr segala aspek tau... mudahan artikel ni boleh jd "REMINDER" utk saya dan kwn2 semua supaya JGN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU.

Ibu kepada 3 cahaya mata...


Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.(aku x ske ngomel dn aku x kn memperkecilkn en somi k..)


..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..


 

16 Januari 2012

Saat kematian itu pasti datang........

Sampailah waktu ajal akan datang
Malaikat Maut segera menjelang
dicabut nyawa tiada terbilang
sakit terasa bukan kepalang

Mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang menggigit
papan dan bumi pula menghimpit

Masuklah mayat ke dalam bumi
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri
tiada terjawab amalan sendiri
dipukul malaikat ke dasar bumi

Setelah dikubur baru menyesal
teringat diri membuat dosa
teringat diri tiada beramal
tak mungkin lagi pulang ke dunia

Mati itu terlalu lazat
bagi shuhada di medan jihad
oleh itu wahai sahabat
iman di dada perlu ditingkat


 Teringat kenangan sewaktu kecil,lirik2 kt atas ni la yg selalu bermain di bibir aku..ntah knp aku ckup b'minat mendendangkn lirik tersebut..dulu cuma tahu mendendangkn je tanpa mengerti apa maksud yg tersirat di dlm nya...sekarang bila di baca dn di pikirkn meremang bulu roma ni..Takut nya menunggu saat kematian itu..bkn nya takut apa,takut belum bersedia..sudah cukup ke amalan yg ku kumpul utk bertemu dgn Nya????Di golongan manakah akan ku tergolong nnt..???

Ya Allah...matikan aku & keluarga ku di dalam HUSNUL QHATIMAH...Amin.....

.
.
.
.
.
.
.


Rindu teramat dgn Mu......:'(

Saat perpisahan yg amat memilukan hati ini...kau pergi tanpa sepatah bicara pada ku....

Selamat sudah kau pulang ke SANA...Hanya DOA & AL FATIHAH dapat ku kirimkan.. mudahan kau bahagia disana....akan ku susuli Mu jua suatu hari nnt..

..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..

10 Januari 2012

~~My Hero~~

Hehehehe....meh layan aksi2 my litlle hero bila di snap pic nyeeeee

smart dak gua???

erkkk,kelabu asap!

hue hue he....

eeeeeeee..pe tu???

encem x sy dr sisi??hehe..

uikss...rsa nk meneran la plak....

hahaha..legaaaaaa

ehem ehem!!cover macho

uikkk!pe kebende lak tuh???

ermmmm


.................

.......................









..*my life* *my death*..i hope only 4 my god..