5 April 2013

Mood blog datang lagi!!

Saya terlalu asyik menerjah blog2 orang lain sehingga saya lupa yg saya juga ada blog untuk "belai' dan "dimanjakan"..hu hu hu~~
Maafkan saya ye..saya hanya akan datang padamu sewaktu saya mahu,bila x mahu saya biarkan aja kamu..
  Itu kerana kerana kerana ada perkara lain yang perlu saya utamakan dari kamu. Harap kamu mengerti -__- .


Dialog dua kerat antara Tuan Belog dan Belog :                                                 

 Belog                :  X pe, x pe, x pe..saya mengerti Tuankuuuu..saya tau saya cuma kekasih gelap tuanku so i dont careeee
Tuan Belog       : Yeayyyyyy saya tau awak mmg mengerti..ILY so much!!^_^
(Kalau lah kamu ada hati dan perasaan confirm sudah lama kamu "terajang" saya jauh2 kan! kan! kan!huihuihuihui)
.



.


.




.







.






.



Saat dan ketika ini saya sedang letih dan mengantuk......kebiasaan saya macam itu la..letih & mengantuk.. letih & mengantuk.. letih & mengantuk..

Biasalah..
Biasalah..
Biasalah..

Kebiasaan saya itu la..biasalah....sehinggakan saya rasa muak dengan kebiasaan saya ini tahu tak! Itu belum + dengan perasaan streesss di rumah dan tempat kerja lagi.. - _ -



Sekarang saya nak pergi ajak pak google kita cari tips untuk hilangkan perasaan letih & mengantuk ni..Moga dapat la saya praktik kan nanti..Penat okeh hidup mcm ini selalu...Nanti kalau rajin saya copy paste la kat sini ye..Kalau rajin la...ha ha ha..

p/s : Heyyy badan..! kenapa kamu sangat lemah???why?! why?!
p/s : Dah lama saya X post gambar..hu hu..



13 Februari 2013

PAS turun padang pantau sambutan Hari Valentine esok, sokong gerakan Hari Menutup Aurat

Kuala Lumpur, 13 Feb : Sempena Hari Kekasih ataupun Hari Valentine esok, Pas akan turun padang berkempen untuk memberi kesedaran kepada anak- anak muda supaya tidak terjebak dalam gejala yang kurang sopan disamping bersetuju dengan Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) yang dikendalikan oleh gabungan NGO – NGO Islam Malaysia.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Hajah Dr. Siti Mariah Hj. Mahmud berkata, “Hari Kekasih adalah sambutan yang dijadikan satu budaya bagi masyarakat Malaysia. Jadi, kempen atau program yang berkesan perlu diadakan untuk mendidik masyarakat terutama umat Islam yang telah melanggar etika pergaulan diantara lelaki dan perempuan.”
“Sempena Hari Valentine, kami akan turun padang untuk berjumpa dengan anak-anak muda untuk memberi penerangan berkaitan dengan sambutan hari Kekasih yang ala barat ini. Walau bagaimanapun, kempen seperti ini bukanlah semata-mata untuk hari kekasih tetapi akan berlanjutan untuk memberi peringatan kepada semua umat Islam kerana pergaulan bebas boleh berlaku tidak kira masa’, katanya kepada The Malaysian Times ketikan dihubungi hari ini.
Beliau menambah, “Anak muda sekarang perlu mendapatkan pendekatan melalui pendidikan.
1 (2)
Ini kerana, mereka tidak faham dan tidak tahu dari segi hukum agama untuk bercinta mengikut syarat Islam. Selain itu, kepentingan dalam perniagaan seperti mempromosikan Hari Kekasih untuk melariskan jualan mereka seperti bunga, kad Hari Kekasih dimana ada juga restoran turut menyokong untuk sambutan ini. Pihak media juga turut mempengaruhi masyarakat dengan mengambil kesempatan untuk menggembar-gemburkan berkenaan sambutan ini,” katanya.
“ Ubatnya adalah pendidikan. Kita boleh menekankan pendidikan dari segi agama kepada anak-anak muda untuk menegaskan pergaulan mesra mereka adalah haram disisi Islam. Malah, jika tidak dipantau, sambutan ini akan diambil kesempatan oleh anak-anak muda untuk terus menyambutnya. Justeru itu, dari sekarang kita perlu menanam kesedaran yang mendalam kepada semua umat Islam,” katanya lagi.
Sementara itu,Timbalan Penerangan Pas Negeri Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani ketika dihubungi berkata, “Tindakan yang kami akan ambil ialah untuk turun padang dan memantau pesta atau pun tempat himpunan anak-anak muda berhimpun diseluruh negara untuk memberi penerangan dan kesedaran tentang sambutan ini. Selain itu, kami juga akan mengedarkan risalah kempen anti- zina kepada mereka.”
“Bagi sambutan Hari Kekasih tahun ini, kami tidak lagi akan menghantar memorandum kepada kerajaan seperti yang dilakukan pada tahun lepas. Ini kerana, berdasarkan memorandum yang telah dihantar, tidak ada satu pun tindakan inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk membantah sambutan ini,” katanya.
14 FEBRUARI – HARI MENUTUP AURAT
Mengenai pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) yang akan dianjurkan oleh gabungan NGO-NGO Islam Malaysia, Pas bersetuju dengan kempen tersebut tetapi haruslah dimasukkan sekali dengan pendidikan dan juga kefahaman supaya mereka lebih senang fahamdengan apa yang akan disampaikan melalui kempen ini,” katanya.
Gemar merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna.
Tarikh14 Februari pula dipilih sebagai sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan Hari Valentine -TMT

6 Februari 2013

STRESS

SAYA SANGAT STRESS... SANGAT PENAT...SANGAT LETIH... DAN SANGAT SEDIH...
SAYA TAK TAHU APA PATUT SAYA BUAT UNTUK HILANGKAN SEMUA NI..
Awak....Kadang2 saya perlu mengalirkan air mata untuk meringankan bebanan itu....

SAYA CUBA MENAIP DI  BLOG..CUBA MELUAHKAN PERASAAN DI SINI...
HARAP DAPAT KURANGKAN SEMUA PERASAAN SAYA INI..
SAYA SANGAT TENSION DENGAN TEKANAN HIDUP YANG SAYA HADAPI SEKARANG..
SAYA CUBA UNTUK MEMULIHKAN SEMUANYA SEBAB SAYA NAK TAHUN 2013 
ADALAH TAHUN YANG BEBAS DARI SEMUA MASALAH YG TELAH MEMBELENGU SAYA 
DAN KELUARGA SELAMA INI...TAPI... SAYA SENTIASA GAGAL...
TAPI SAYA TAK KAN BERPUTUS ASA...BILA SAYA GAGAL SAYA CUBA BANGUN LAGI...DAN SENTIASA CUBA DAN CUBA LAGI..

INSYAALLAH SAYA TIDAK AKAN PERNAH BERPUTUS ASA...KERANA SAYA TAHU ALLAH SENTIASA BERSAMA SAYA...


Ya Allah!jadikanlah cubaan ini sesuatu yang indah untuk ku lalui..



*Tuhan sedang tarik nikmat air sekejap...aduh...terasa susahnya..